Assalamualaikum
salam sejahtera
Tagboard
Footprints here! Credits
Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: MILA
| Di pagi yang hening Farina bangun untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang Hamba Allah. Satu temu janji yang akan membuat Farina berasa dirinya amat kerdil dan lemah. Selepas selesai menunaikan ibadah, seperti biasa Farina akan sarapan terlebih dahulu sebelum bersiap untuk kesekolah. Farina menuju ke meja makan untuk melihat sarapan. Tersaji mi goreng , dan di bawah pinggan itu terselit nota kecil yang ditinggalkan. Farina membaca butir-butir ayat tersebut di dalam hati. Hurm! macam biasalah ni, Arina kena sarapan sorang sorang. bisik hati kecil Farina sedih. Ibu bapa Farina awal pagi lagi sudah bertolak ke pejabat. Ibu Farina seorang pengurus kewangan sebuah syarikat yang megah berdiri. Ayah Farina seorang arkitek yang berjaya, juga bekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Farina menetap di sebuah rumah banglo yang tersergam indah. Biarpun indah tetapi tidak begitu indah pula pada isi rumah itu. Farina tidak dapat merasakan kasih sayang yang meresap kedalam jiwanya, dek kerana kesibukan orang tua Farina siang malam mencari wang. Lantas itu mengabaikan anak tunggal mereka. Hanya bibik Lia yang sentiasa bersama Farina, yang menanti Farina pulang dari sekolah, yang menemani Farina andainya hujan lebat berserta kilat sabung menyabung di luar rumah, dan juga yang mengulit tidur Farina dengan alunan ayat-ayat suci Kalimah-kalimah dari Allah dan juga zikir-zikir yang menenangkan jiwa. Selepas selesai makan, Farina menyiapkan diri untuk kesekolah. Setelah menyarungkan kasut ke kaki kecilnya, Farina disapa angin rindu. Rindu! rindu yang teramat sangat untuk menyalam tangan kedua-dua orang tuanya. Farina bergerak kearah kereta yang disediakan untuknya. Farina mempunyai seorang pemandu yang baik hati. Jarak dari rumah Farina kesekolah memakan masa 10 minit, ia memerlukan Farina untuk menaiki kenderaan supaya tiba disekolah tepat pada waktunya. Di sepanjang perjalanan, Farina teringatkan kisah-kisah lalu sepanjang waktu kecilnya, yang sentiasa berada dalam dakapan ibunya. Tanpa sedar, butir-butir jernih merembes keluar dari mata bundar Farina. Sedar tidak sedar 10 minit sudah berlalu, kini Farina dihadapan sekolahnya yang tersergam indah. Farina keluar dari kereta dan melambai kearah dua orang sehabat baiknya, Melina dan Natasha. Mereka berjalan beriringan masuk kedalam perkarangan sekolah, dan meluru kedalam barisan kelas mereka di tapak perhimpunan. Farina dan dua orang sahabatnya masuk ke dalam kelas dan terus duduk ditempat masing-masing. Cikgu Siti NurFasha masuk kedalam kelas 5 Aquatik untuk memeriksa kehadiran. Setelah itu, Cikgu Fasha memanggil Farina. "Arina, kamu sakit ke?" tanya Cikgu Fasha risau. "Hah?! Kenapa cikgu? saya nampak macam sakit ke." soalan cikgu Fasha dijawab dengan soalan juga. "Arina, kamu nampak pucat hari ni. kenapa?" tanya Cikgu Fasha tidak berpuas hati selagi tidak tahu kondisi sebenar anak muridnya yang seorang itu. "Ish! cikgu ni tak ada apa-apalah. Saya sihat je cikgu." terang Farina berselindung. "Hurm. Kalau macam tu tak mengapalah, kamu boleh duduk." arah cikgu Fasha. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Farina, Melina dan Natasha melangkah keluar dari kelas dan menuju ke kantin. Sepanjang perjalan, yang perlu melalui tapak perhimpinan Farina mula sakit kepala. Farina memicit-micit kepalanya yang semakin galak berdenyut-denyut. Farina tidak mahu rahsia penyakitnya terbongkar. "Arina, kenapa ni? Arina okey tak?" tanya Melina risau. Farina yang semakin pening itu hanya mengangguk tanda dia baik-baik sahaja. Tiba-tiba kelopak matanya mula memberat, badannya terhuyung-hayang seperti melayang dan pandangannya makin kabur dan akhirnya kelam. Farina memisat-misat matanya yang agak pedih itu.Farina memerhati sekeliling. "Dekat mana ni?" soalan pertama yang terpacul keluar dari dua ulas bibir mungil itu. Melina lantas meluru kearah Farina, "Arina, Arina okey tak? Arina dekat dalam bilik kesihatan. Tadi Arina pengsan dekat tapak perhimpunan. Hidung Arina berdarah, nasib baik ada orang tolong bawa Arina kesini." jelas Melina panjang lebar. Farina tersenyum memandang Melina. Natasha tiba-tiba muncul tercungap-cungap. "Arina, awak okey tak?" tanya Natasha resah. "Saya okeylah, Natasha." jawab Farina. Farina mula menapak untuk kekelas, tetapi dihalang oleh Natasha. "Arina, awak tak okey lagi ni.." larang Natasha. "Tak mengapa Nat, saya okey." Farina menuju kekelas untuk menyambung sesi pembelajaran. Riuh rendah keadaan di dalam kelas 5 Aquatik setelah melihat Farina masuk kedalam kelas. Farina buat tidak endah dan menyambung pelajarannya. Malam itu, Farina menghampiri kedua orang tuanya dan meminta maaf diatas salah lakunya sebelum ini. Andai ianya menggores perasaan mereka. Setelah puas meminta ampun Farina mengunci dirinya didalam bilik. Farina menunaikan solat isyak, kemudian tidur. Farina terjaga semula pada pukul 4 pagi. Di kesempatan itu, Farina ingin bermunajat kepada yang Maha Esa. Farina mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat tahajjud. Setelah selesai, Farina ingin mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sejurus selepas itu, Farina baring seketika untuk menunggu jam menginjak ke angka 5. Kebetulan Puan Fatin cuti hari ini. Peluang itu diambil untuk mengejutkan Farina bangun untuk kesekolah. Puan Fatin mengetuk pintu, tiada sebarang jawapan. Mungkin Arina masih tidur. getus hati kecil Puan Fatin. Puan Fatin menghampiri Farina yang terbaring diatas sejadah dengan telekung yang masih membaluti tubuh Farina. Puan Fatin mengejutkan Farina untuk kesekolah, namun tiada respon yang diberikan, Puan Fatin semakin panik. Puan Fatin memanggil bibik Lia. Bibik Lia juga resah. Lantas, Puan Fatin menelefon Encik Fareez dan sekaligus menelefon ambulans. Akhirnya, doktor mengesahkan Farina telah pun kembali ke Rahmatullah. Doktor juga memaklumkan Farina menghidap migrain. Tetapi, punca utama kematian Farina bukan kerana penyakitnya itu. Farina pergi meninggalkan ibu bapanya untuk kembali pada Sang Pencipta yang Maha Agung. Setelah pengebumian Farina siap diuruskan, ibu bapanya telah berazam untuk berpindah keluar negeri dan melupakan kisah perit mereka kerana mengabaikan putri tunggal mereka. Namun begitu, mereka sama sekali tidak akan memadamkan memori indah bersama Farina pada waktu kecil. Semua yang hidup pasti akan kembali pada Sang Pencipta. Ibu bapa Farina sedikit lega kerana Farina meninggal dunia pada pagi Jumaat dalam anggaran waktu Subuh yang hening dan Farina juga telah sempat menyelesaikan ibadah solat sunat. Apapun, ia tidak dapat melegakan jiwa mereka sepenuhnya, kerana mereka juga lalai terhadap kesihatan Farina. ~TAMAT~ *hanya perkongsian cerita. tak tahu best ke idokk... cerita ini hanya ditulis suka-suka sahaja.* idea cerita pada: 21.05.14 ASSALAMUALAIKUM....bye!!! |