Assalamualaikum
salam sejahtera
Tagboard
Footprints here! Credits
Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: MILA
| Assalamualaikum WBT *ngee* ini first time idea onthespot ^^ Ana tak tahu ok atau tidak jalan cerita ni, kalau ada apa-apa masalah pasal jalan cerita bagi tahu lah ye :) _Tangisan Seorang Pendosa_ Zafirul, seorang lelaki yang kurang berada, tetapi walaupun dia bukan dari golongan orang berduit. Zafirul mempunyai satu hobi iaitu berjudi dan mengganggu ketenteraman awam. Zafirul masih berkeadaan begini walaupun dia sudah mempunyai isteri yang cantik, isterinya juga seorang wanita solehah. Isterinya, Mardhiah bekerja sebagai seorang tukang cuci pinggan di sebuah restoran. Zafirul sering mengambil duit isterinya. Suatu ketika, Zafirul pulang kerumah orang tuanya untuk meminjam sedikit wang. Mardhiah juga belum mendapatkan gajinya. Zafirul perlu merendahkan egonya untuk ke sana. Ayah Zafirul, Encik Zakri merupakan seorang bapa yang tegas. Tapi, entah apa silap didikan yang diberikan kepada Zafirul membuatkan dia menjadi liar dan tidak tentu hala hidupnya. Zafirul mengetuk pintu rumah orang tuanya tanpa memberi salam. Setelah lama menunggu diluar, akhirnya ibu Zafirul, Puan Marina menguak dedaun pintu untuk membenarkan kaki Zafirul menjejak kerumahnya yang usang itu. Encik Zakri melihat wajah Zafirul dengan bengis lalu bertanya "Zaf! kamu dah kenapa? ayah tengok kamu dah semakin menjadi-jadi! semakin liar! untuk apa kamu buat kerja-kerja terkutuk? sanggup tinggalkan isteri keseorangan!". "Ayah, Zaf cuma nak berseronok tu aje. Tak ada salah pun kan?" balas Zafirul selamba. "Zaf! kamu memang dah semakin melampau. Umur kamu bukan makin menurun, tapi semakin meningkat masih nak buat kerja terkutuk tu?! Insaflah! apa nak jadi dengan kamu Zaf?! Ayah nak kamu.." belum sempat Encik Zakri menghabiskan ayatnya. Zafirul menempelak dengan kasar "Ayah! Zaf datang rumah buruk yang patutnya jadi kandang binatang ni bukan untuk dengar ceramah percuma ayah tu lah! Zaf dah muak dengar, tau tak?! aku dah muak!!" Zaf mula menukar panggilannya kepada 'aku'. Nafas Zafirul berombak kencang. Puan Marina yang sekadar memerhati itu mula menitiskan air mata kepiluan, dek kerana tempat yang menjadi singgahsana Zafirul dahulu sewaktu kecil, dihina dan diburukkan oleh Zafirul sendiri. Zafirul apa salah mak dengan ayah sampai kamu jadi begini? soalan itu seringkali berlegar didalam kotak fikiran Puan Mariana. Darah panas mula menyerbu Encik Zakri. Hampir sahaja, lima jari kasarnya hinggap dipipi anak tunggalnya itu. Namun, pantas dipujuk oleh Puan Mariana. "Kenapa mak halang?! Ayah nak tampar aku! tampar je lah! kalau bukan kerana duit, tak hingin aku nak jejak dekat kandang binatang ni!" marah Zafirul. Dia tidak berganjak dari tempatnya. Lantas, Encik Zakri menolak kasar tubuh Zafirul agar keluar dari rumahnya yang dikata 'kandang binatang' itu. Zafirul jatuh terduduk diluar rumah kerana kekasaran Encik Zakri. Zafirul menuju ke'port'nya untuk berjudi. Zafirul resah gelisah tidak tenang selagi tiada duit didalam poketnya. Zafirul keluar dari 'port'nya menuju kerumahnya. Lama Zafirul mengetuk pintu. Dek kerana penat, Zafirul tertidur di hadapan pintu rumahnya. Tiba-tiba, pintu terkuak. Zafirul yang masih mamai hanya tersengih memandang kearah isterinya. Mardhiah mengejut Zafirul dengan lembut namun Zafirul masih ingin beradu diluar rumah. Mardhiah semakin geram. Mardhiah mencapai kain pelekat milik suaminya dari dalam bilik, dan disarungkan ketubuh Zafirul. Mardhiah mengheret Zafirul yang masih tidur dan dibawa ke bilik mandi. Mardhiah menjirus tubuh Zafirul dengan air. Zafirul baru tersedar, kerana dijirus 'hujan lebat'. Mardhiah meninggalkan Zafirul sendiri dibilik mandi. Jam menginjak ke angka 2 pagi. Zafirul masih duduk didalam bilik mandi sendiri. Sementara, Mardhiah solat sunat tahajjud. Mardhiah menangis semahu-mahunya kerana terkenangkan sikap suaminya yang semakin teruk. Dia tidak mahu suaminya terus terjerumus ke lembah kehinaan. Dia mahu suaminya berubah. Zafirul yang terdengar esakan isterinya juga turut mengalirkan air mata. Dia terdengar dengan jelas butir-butir doa isterinya. Sementara isterinya tidur, Zafirul mencuba-cuba untuk membaca al-quran. Zafirul mempunyai suara yang cukup merdu ketika sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-quran, walaupun sedikit merangkak. Mardhiah yang sedang tidur tiba-tiba terjaga kerana mendengar esakan halus sambil mengalunkan kalimah-kalimah dari Allah.Mardhiah hanya mengintai sedikit kemudian dia turut menangis kerana dia berharap itu adalah satu perkembangan positif suaminya untuk berubah. *Sebulan Berlalu* Kini, kehidupan Zafirul dan Mardhiah semakin bahagia. Mardhiah terus menerus mendokong suaminya untuk berubah. Akhirnya Zafirul kini berbeza 99% dari yang sebelum ini. Ibu bapa Zafirul turut gembira mendengar berita ini. Zafirul menjejakkan kaki kedalam rumah Allah yang indah. Dimulakan dengan kaki kanan dan bismillah, Zafirul menapak ke satu sudut untuk menunaikan ibadah solat fardhu. Ketika sujudnya, Zafirul bersujud lama. Sambil berdoa kepada Allah agar memelihara hatinya agar tidak terpesong. Ketika sujudnya yang lama, Zafirul teresak-esak menangis. Zafirul menangisi perbuatannya yang dahulu. Zafirul begitu menyesal kerana pernah menengking bapanya sendiri. Ketika itu juga, Zafirul terdengar suara-suara mengatakan, "bayangkan jika kamu pergi menghadap Illahi tanpa sempat bertaubat, bayangkan jika kamu masih melakukan perbuatan terkutuk itu. Kamu menengking kedua ibu bapamu, meninggalkan suruhan yang Maha Esa. Kamu membiarkan Malaikat dibahu kirimu sibuk, kamu mengabaikan Malaikat dibahu kananmu yang banyak berdiam diri." "Ashhaduan'laaillahaillallah wa'ashhaduan namuhammadan'rasulullah." Kata-kata terakhir yang terucap dari bibir Zafirul. Zafirul kaku! kaku ketika sujudnya yang lama. Malaikat Maut telah menarik nyawa Zafirul ketika sedang sujud. Zafirul telah menghadap yang Maha Esa setelah menangisi dosa-dosanya yang tidak terhitung. *selesai majlis pengebumian* Mardhiah seperti tidak menyangka, suaminya telah meninggal dunia. Serasanya, baru semalam dia bergelak ketawa dengan Zafirul yang baru, tapi kini Zafirul itu telah pergi meninggalkan dirinya. Hati Zafirul terusik kerana sinar Allah yang hadir untuk Zafirul berubah, Allah mengutuskan Mardhiah untuk mengubah Zafirul. Mardhiah adalah utusan Allah untuk membantu penghijrahan diri Zafirul. ~> "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (QS. Ali 'Imran : 185). ~> "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu…” (QS. Al-Jumua'ah : 8). ~> "Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di benteng yang tinggi lagi kukuh" (QS. An Nisaa' : 78). MENANTI KEMATIAN YANG SEMAKIN MENDEKAT :') *KISAH DIATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA* *UNTUK PERKONGSIAN* ^^ Yang Benar, AISHAH *manusia yang lemah dan hamba Allah yang kerdil* |