Saat-saat Akhir Bakal Jenazah
Assalamualaikum
salam sejahtera


Welcome to my Blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here :)
Status : Assalamualaikum. Aishah's here. Cuma nak kongsi cerita. Kalau2 ada masalah pasal blog ni, komen yea?? -shukran- ;) Saat2 Akhir Bakal Jenazah ( twitter: @TintaHijau_NASS ) ( facebook: Nuraishah Suhaida )


Tagboard
Footprints here!





Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: MILA

Tangisan Seorang Pendosa

Assalamualaikum WBT *ngee* ini first time idea onthespot ^^
Ana tak tahu ok atau tidak jalan cerita ni, kalau ada apa-apa masalah pasal jalan cerita bagi tahu lah ye :)

_Tangisan Seorang Pendosa_

Zafirul, seorang lelaki yang kurang berada, tetapi walaupun dia bukan dari golongan orang berduit. Zafirul mempunyai satu hobi iaitu berjudi dan mengganggu ketenteraman awam. Zafirul masih berkeadaan begini walaupun dia sudah mempunyai isteri yang cantik, isterinya juga seorang wanita solehah. Isterinya, Mardhiah bekerja sebagai seorang tukang cuci pinggan di sebuah restoran. Zafirul sering mengambil duit isterinya.

Suatu ketika, Zafirul pulang kerumah orang tuanya untuk meminjam sedikit wang. Mardhiah juga belum mendapatkan gajinya. Zafirul perlu merendahkan egonya untuk ke sana.

Ayah Zafirul, Encik Zakri merupakan seorang bapa yang tegas. Tapi, entah apa silap didikan yang diberikan kepada Zafirul membuatkan dia menjadi liar dan tidak tentu hala hidupnya.

Zafirul mengetuk pintu rumah orang tuanya tanpa memberi salam. Setelah lama menunggu diluar, akhirnya ibu Zafirul, Puan Marina menguak dedaun pintu untuk membenarkan kaki Zafirul menjejak kerumahnya yang usang itu. Encik Zakri melihat wajah Zafirul dengan bengis lalu bertanya "Zaf! kamu dah kenapa? ayah tengok kamu dah semakin menjadi-jadi! semakin liar! untuk apa kamu buat kerja-kerja terkutuk? sanggup tinggalkan isteri keseorangan!". "Ayah, Zaf cuma nak berseronok  tu aje. Tak ada salah pun kan?" balas Zafirul selamba. "Zaf! kamu memang dah semakin melampau. Umur kamu bukan makin menurun, tapi semakin meningkat masih nak buat kerja terkutuk tu?! Insaflah! apa nak jadi dengan kamu Zaf?! Ayah nak kamu.." belum sempat Encik Zakri menghabiskan ayatnya. Zafirul menempelak dengan kasar "Ayah! Zaf datang rumah buruk yang patutnya jadi kandang binatang ni bukan untuk dengar ceramah percuma ayah tu lah! Zaf dah muak dengar, tau tak?! aku dah muak!!" Zaf mula menukar panggilannya kepada 'aku'. Nafas Zafirul berombak kencang.

Puan Marina yang sekadar memerhati itu mula menitiskan air mata kepiluan, dek kerana tempat yang menjadi singgahsana Zafirul dahulu sewaktu kecil, dihina dan diburukkan oleh Zafirul sendiri. Zafirul apa salah mak dengan ayah sampai kamu jadi begini? soalan itu seringkali berlegar didalam kotak fikiran Puan Mariana.

Darah panas mula menyerbu Encik Zakri. Hampir sahaja, lima jari kasarnya hinggap dipipi anak tunggalnya itu. Namun, pantas dipujuk oleh Puan Mariana. "Kenapa mak halang?! Ayah nak tampar aku! tampar je lah! kalau bukan kerana duit, tak hingin aku nak jejak dekat kandang binatang ni!" marah Zafirul. Dia tidak berganjak dari tempatnya. Lantas, Encik Zakri menolak kasar tubuh Zafirul agar keluar dari rumahnya yang dikata 'kandang binatang' itu. Zafirul jatuh terduduk diluar rumah kerana kekasaran Encik Zakri.

Zafirul menuju ke'port'nya untuk berjudi. Zafirul resah gelisah tidak tenang selagi tiada duit didalam poketnya. Zafirul keluar dari 'port'nya menuju kerumahnya. Lama Zafirul mengetuk pintu. Dek kerana penat, Zafirul tertidur di hadapan pintu rumahnya. Tiba-tiba, pintu terkuak. Zafirul yang masih mamai hanya tersengih memandang kearah isterinya. Mardhiah mengejut Zafirul dengan lembut namun Zafirul masih ingin beradu diluar rumah. Mardhiah semakin geram. Mardhiah mencapai kain pelekat milik suaminya dari dalam bilik, dan disarungkan ketubuh Zafirul. Mardhiah mengheret Zafirul yang masih tidur dan dibawa ke bilik mandi. Mardhiah menjirus tubuh Zafirul dengan air. Zafirul baru tersedar, kerana dijirus 'hujan lebat'. Mardhiah meninggalkan Zafirul sendiri dibilik mandi.

Jam menginjak ke angka 2 pagi. Zafirul masih duduk didalam bilik mandi sendiri. Sementara, Mardhiah solat sunat tahajjud. Mardhiah menangis semahu-mahunya kerana terkenangkan sikap suaminya yang semakin teruk. Dia tidak mahu suaminya terus terjerumus ke lembah kehinaan. Dia mahu suaminya berubah.
Zafirul yang terdengar esakan isterinya juga turut mengalirkan air mata. Dia terdengar dengan jelas butir-butir doa isterinya.

Sementara isterinya tidur, Zafirul mencuba-cuba untuk membaca al-quran. Zafirul mempunyai suara yang cukup merdu ketika sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-quran, walaupun sedikit merangkak. Mardhiah yang sedang tidur tiba-tiba terjaga kerana mendengar esakan halus sambil mengalunkan kalimah-kalimah dari Allah.Mardhiah hanya mengintai sedikit kemudian dia turut menangis kerana dia berharap itu adalah satu perkembangan positif suaminya untuk berubah.

*Sebulan Berlalu*

Kini, kehidupan Zafirul dan Mardhiah semakin bahagia. Mardhiah terus menerus mendokong suaminya untuk berubah. Akhirnya Zafirul kini berbeza 99% dari yang sebelum ini. Ibu bapa Zafirul turut gembira mendengar berita ini.

Zafirul menjejakkan kaki kedalam rumah Allah yang indah. Dimulakan dengan kaki kanan dan bismillah, Zafirul menapak ke satu sudut untuk menunaikan ibadah solat fardhu.

Ketika sujudnya, Zafirul bersujud lama. Sambil berdoa kepada Allah agar memelihara hatinya agar tidak terpesong. Ketika sujudnya yang lama, Zafirul teresak-esak menangis. Zafirul menangisi perbuatannya yang dahulu. Zafirul begitu menyesal kerana pernah menengking bapanya sendiri. Ketika itu juga, Zafirul terdengar suara-suara mengatakan, "bayangkan jika kamu pergi menghadap Illahi tanpa sempat bertaubat, bayangkan jika kamu masih melakukan perbuatan terkutuk itu. Kamu menengking kedua ibu bapamu, meninggalkan suruhan yang Maha Esa. Kamu membiarkan Malaikat dibahu kirimu sibuk, kamu mengabaikan Malaikat dibahu kananmu yang banyak berdiam diri." "Ashhaduan'laaillahaillallah wa'ashhaduan namuhammadan'rasulullah." Kata-kata terakhir yang terucap dari bibir Zafirul. Zafirul kaku! kaku ketika sujudnya yang lama. Malaikat Maut telah menarik nyawa Zafirul ketika sedang sujud. Zafirul telah menghadap yang Maha Esa setelah menangisi dosa-dosanya yang tidak terhitung.

*selesai majlis pengebumian*

Mardhiah seperti tidak menyangka, suaminya telah meninggal dunia. Serasanya, baru semalam dia bergelak ketawa dengan Zafirul yang baru, tapi kini Zafirul itu telah pergi meninggalkan dirinya.

Hati Zafirul terusik kerana sinar Allah yang hadir untuk Zafirul berubah, Allah mengutuskan Mardhiah untuk mengubah Zafirul. Mardhiah adalah utusan Allah untuk membantu penghijrahan diri Zafirul.


       ~> "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (QS. Ali 'Imran : 185).

~> "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu…” (QS. Al-Jumua'ah : 8).

         ~> "Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di benteng yang tinggi lagi kukuh" (QS. An Nisaa' : 78). 

MENANTI KEMATIAN YANG SEMAKIN MENDEKAT :')

*KISAH DIATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA*

*UNTUK PERKONGSIAN* ^^

Yang Benar,
AISHAH

         *manusia yang lemah dan hamba Allah yang kerdil*

Cinta Pada Yang Esa...
Assalamualaikum, sementara itu saya yang baru habis Mid-Year-Exam ni nak lepaskan gian kejap!! Aishah tak tahu jalan cerita yang Aishah buat ini ok atau tidak...




Di pagi yang hening Farina bangun untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang Hamba Allah. Satu temu janji yang akan membuat Farina berasa dirinya amat kerdil dan lemah.

Selepas selesai menunaikan ibadah, seperti biasa Farina akan sarapan terlebih dahulu sebelum bersiap untuk kesekolah. Farina menuju ke meja makan untuk melihat sarapan. Tersaji mi goreng , dan di bawah pinggan itu terselit nota kecil yang ditinggalkan. Farina membaca butir-butir ayat tersebut di dalam hati. Hurm! macam biasalah ni, Arina kena sarapan sorang sorang. bisik hati kecil Farina sedih. Ibu bapa Farina awal pagi lagi sudah bertolak ke pejabat. Ibu Farina seorang pengurus kewangan sebuah syarikat yang megah berdiri. Ayah Farina seorang arkitek yang berjaya, juga bekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Farina menetap di sebuah rumah banglo yang tersergam indah. Biarpun indah tetapi tidak begitu indah pula pada isi rumah itu. Farina tidak dapat merasakan kasih sayang yang meresap kedalam jiwanya, dek kerana kesibukan orang tua Farina siang malam mencari wang. Lantas itu mengabaikan anak tunggal mereka.

Hanya bibik Lia yang sentiasa bersama Farina, yang menanti Farina pulang dari sekolah, yang menemani Farina andainya hujan lebat berserta kilat sabung menyabung di luar rumah, dan juga yang mengulit tidur Farina dengan alunan ayat-ayat suci Kalimah-kalimah dari Allah dan juga zikir-zikir yang menenangkan jiwa.

Selepas selesai makan, Farina menyiapkan diri untuk kesekolah. Setelah menyarungkan kasut ke kaki kecilnya, Farina disapa angin rindu. Rindu! rindu yang teramat sangat untuk menyalam tangan kedua-dua orang tuanya.

Farina bergerak kearah kereta yang disediakan untuknya. Farina mempunyai seorang pemandu yang baik hati. Jarak dari rumah Farina kesekolah memakan masa 10 minit, ia memerlukan Farina untuk menaiki kenderaan supaya tiba disekolah tepat pada waktunya. Di sepanjang perjalanan, Farina teringatkan kisah-kisah lalu sepanjang waktu kecilnya, yang sentiasa berada dalam dakapan ibunya. Tanpa sedar, butir-butir jernih merembes keluar dari mata bundar Farina.

Sedar tidak sedar 10 minit sudah berlalu, kini Farina dihadapan sekolahnya yang tersergam indah. Farina keluar dari kereta dan melambai kearah dua orang sehabat baiknya, Melina dan Natasha. Mereka berjalan beriringan masuk kedalam perkarangan sekolah, dan meluru kedalam barisan kelas mereka di tapak perhimpunan.

Farina dan dua orang sahabatnya masuk ke dalam kelas dan terus duduk ditempat masing-masing. Cikgu Siti NurFasha masuk kedalam kelas 5 Aquatik untuk memeriksa kehadiran. Setelah itu, Cikgu Fasha memanggil Farina. "Arina, kamu sakit ke?" tanya Cikgu Fasha risau. "Hah?! Kenapa cikgu? saya nampak macam sakit ke." soalan cikgu Fasha dijawab dengan soalan juga. "Arina, kamu nampak pucat hari ni. kenapa?" tanya Cikgu Fasha tidak berpuas hati selagi tidak tahu kondisi sebenar anak muridnya yang seorang itu. "Ish! cikgu ni tak ada apa-apalah. Saya sihat je cikgu." terang Farina berselindung. "Hurm. Kalau macam tu tak mengapalah, kamu boleh duduk." arah cikgu Fasha.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Farina, Melina dan Natasha melangkah keluar dari kelas dan menuju ke kantin. Sepanjang perjalan, yang perlu melalui tapak perhimpinan Farina mula sakit kepala. Farina memicit-micit kepalanya yang semakin galak berdenyut-denyut. Farina tidak mahu rahsia penyakitnya terbongkar. "Arina, kenapa ni? Arina okey tak?" tanya Melina risau. Farina yang semakin pening itu hanya mengangguk tanda dia baik-baik sahaja. Tiba-tiba kelopak matanya mula memberat, badannya terhuyung-hayang seperti melayang dan pandangannya makin kabur dan akhirnya kelam.

Farina memisat-misat matanya yang agak pedih itu.Farina memerhati sekeliling. "Dekat mana ni?" soalan pertama yang terpacul keluar dari dua ulas bibir mungil itu. Melina lantas meluru kearah Farina, "Arina, Arina okey tak? Arina dekat dalam bilik kesihatan. Tadi Arina pengsan dekat tapak perhimpunan. Hidung Arina berdarah, nasib baik ada orang tolong bawa Arina kesini." jelas Melina panjang lebar. Farina tersenyum memandang Melina. Natasha tiba-tiba muncul tercungap-cungap. "Arina, awak okey tak?" tanya Natasha resah. "Saya okeylah, Natasha." jawab Farina.

Farina mula menapak untuk kekelas, tetapi dihalang oleh Natasha. "Arina, awak tak okey lagi ni.." larang Natasha. "Tak mengapa Nat, saya okey." Farina menuju kekelas untuk menyambung sesi pembelajaran.
Riuh rendah keadaan di dalam kelas 5 Aquatik setelah melihat Farina masuk kedalam kelas. Farina buat tidak endah dan menyambung pelajarannya.

Malam itu, Farina menghampiri kedua orang tuanya dan meminta maaf diatas salah lakunya sebelum ini. Andai ianya menggores perasaan mereka. Setelah puas meminta ampun Farina mengunci dirinya didalam bilik. Farina menunaikan solat isyak, kemudian tidur.

Farina terjaga semula pada pukul 4 pagi. Di kesempatan itu, Farina ingin bermunajat kepada yang Maha Esa. Farina mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat tahajjud. Setelah selesai, Farina ingin mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sejurus selepas itu, Farina baring seketika untuk menunggu jam menginjak ke angka 5.

Kebetulan Puan Fatin cuti hari ini. Peluang itu diambil untuk mengejutkan Farina bangun untuk kesekolah. Puan Fatin mengetuk pintu, tiada sebarang jawapan. Mungkin Arina masih tidur. getus hati kecil Puan Fatin. Puan Fatin menghampiri Farina yang terbaring diatas sejadah dengan telekung yang masih membaluti tubuh Farina. Puan Fatin mengejutkan Farina untuk kesekolah, namun tiada respon yang diberikan, Puan Fatin semakin panik. Puan Fatin memanggil bibik Lia. Bibik Lia juga resah. Lantas, Puan Fatin menelefon Encik Fareez dan sekaligus menelefon ambulans.

Akhirnya, doktor mengesahkan Farina telah pun kembali ke Rahmatullah. Doktor juga memaklumkan Farina menghidap migrain. Tetapi, punca utama kematian Farina bukan kerana penyakitnya itu. Farina pergi meninggalkan ibu bapanya untuk kembali pada Sang Pencipta yang Maha Agung.

Setelah pengebumian Farina siap diuruskan, ibu bapanya telah berazam untuk berpindah keluar negeri dan melupakan kisah perit mereka kerana mengabaikan putri tunggal mereka. Namun begitu, mereka sama sekali tidak akan memadamkan memori indah bersama Farina pada waktu kecil.

Semua yang hidup pasti akan kembali pada Sang Pencipta. Ibu bapa Farina sedikit lega kerana Farina meninggal dunia pada pagi Jumaat dalam anggaran waktu Subuh yang hening dan Farina juga telah sempat menyelesaikan ibadah solat sunat. Apapun, ia tidak dapat melegakan jiwa mereka sepenuhnya, kerana mereka juga lalai terhadap kesihatan Farina.

~TAMAT~


*hanya perkongsian cerita. tak tahu best ke idokk... cerita ini hanya ditulis suka-suka sahaja.*
idea cerita pada: 21.05.14

ASSALAMUALAIKUM....bye!!!